DIRIWAYATKAN DARIPADA ABU HURAIRAH R.A. BAHAWASANYA RASULULLAH S.A.W BERSABDA:
“TIDAK AKAN DATANG HARI KIAMAT SEHINGGA SUNGAI
FURAT MENYINGKAP GUNUNG EMAS YANG MENYEBABKAN ORANG2 BERPERAnG KERANANYA,MAKA
DARIPADA SETIAP SERATUS ORANG BERPERANG SEMBILAN PULUH SEMBILAN ORANG DAN
MASING2 ORANG MENGATAKAN MUDAH-MUDAHAN SAYA YANG BERUNTUNG”
Apa yang dimaksudkan dengan gunung emas disini bukanlah
minyak bumi sebagaimana pendapat abu ubaiyyah dalam takliqnya terhadap kitab AN
NIHAZAH FIL FITAN karya ibnu katsir dgn beberapa alas an sebagai berikut: di
dalam blog kali ini saya ada membuat sedikit kajian dan sedikit persoalan
berkaitan sungai furat ini.
1)
Bahawa dlam nas hadis itu disebutkan lafaz JABALMIN DZAHAB(gunung
emas) sdgkan minyak bumi bukan emas yg hakiki,kerana emas merupakan galian yang
sudah terkenal
2)
Rasulullah s.a.w memberitahu bahawasanya air sungai itu akan
menyingkap gunung emas yg dapt dilihat org,sedangkan minyak bumi itu digali
dari dalam bumi dari kedalaman yg amat dalam degn mengunakan peralatan
3)
Bahawa rasulullah mengkhususkan sungai furat dgn keistimewaan ini
tanpa menyertakan laut dan sungai lain,sdgkan minyak bumi digali dari laut dan
dari darat di brbagai tempat sebagaimana yang kita lihat
4)
Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa org2 akan berperang di sisi
perbendaharaan ini,dan tidak diberitahu bhwa mereka berperang ketika digalinya
minyak bumi dri furat atau lainnya. Bahkan rasulullah melarang orang yang
mendatanginya sebagaimana disebutkan dalam riwayat lain daripada ubay bin ka’ab
berkata dia
“MANUSIA SENTIASA
BERSELISIH DAN BERTEGANG URAT LEHER DALAM MENCARI KEKAYAAN DUNIAWI.
Rasulullah pernah bersabda:
TIDAK AKAN DATANG KIAMAT SEHINGGA SUNGAI FURAT
MENYINGKAP GUNUNG EMAS (KERANA AIRNYA JERNIH) MAKA BARANGSIAPA YANG DATANG
KEPADANYA JANGANLAH IA MENGAMBIL SESUATU DARINYA.
Orng yang menafsirkan gunung emas ini dgn minyak bumi,maka
sebgai akibatnya ia harus menetapkan dilarangnya mengambil minyak bumi ini
(kerana dalam hadis tersebut rasulullah melarang seseorg mengambil sesuatu
daripadanya) padahal sememngnya tiada seorang pun yg berani berkata begitu
Maka sesungguhnya manusia sentiasa tidak puas dengan apa yg
mereka perolehi,jadi bersyukurlah dgn segala nikmat kejadian tuhan..salammmm..
Tiada ulasan :
Catat Ulasan