BISMILLAH..MULALAH HIDUP MU DENGAN UMUL KITAB ..AL FATIHAH...
Saya amat
tertarik dengan berita yang satu ini, dan merasa sedih dengan
berbagai-bagai cerita murtad yang dapat kita dengar dewasa ini.
Rasa-rasanya janggal, kerana saya, suatu masa dahulu, meninggalkan ugama
asal saya, Kristian, untuk memeluk ugama Islam dan kini orang Islam
pula beriya-iya nak masuk Kristian. ( Agaknya Cik Aishah kita ni tak
erti nak baca Quran dan tak pernah baca Bible). Saya ingin mengulas
'Kisah Aishah' ni kerana saya tertarik dengan kenyataan beliau yang
mengagung-agungkan Bible dan meninggikan (menurut pendapat beliau) Nabi
Isa dari Nabi Muhammad.
Mungkin
selama ini, para netters cuma mengetahui secara kasar bahawa Injil itu
telah mengalami perubahan, penghapusan dan sebagainya. Mungkin
kebanyakan para netters yang tidak pernah 'buka' Bible, dan ini
mengakibatkan pengetahuan tentang Bible itu tidak berapa berkesan. Maka,
saya rasa ada baiknya, mengulas mengenai Bible secara mendalam kerana
banyak perkara-perkara yang boleh kita ambil sebagai pengetahuan untuk
memantapkan diri kita bilamana berdepan dengan penganut ugama lain.
"Aku, kalau Aishah ni aku kenal, siap aku hentam dia cukup-cukup. Meluat
aku!" Oleh itu, saya akan mengulas topik-topik berikut setakat
kemampuan saya untuk renungan kita bersama :-
1)
Percanggahan Surah dan Pengubahsuaian dalam Bible.
2)
Bible- Satu Kitab yang menghina para Nabi.
3)
Doktrin Trinity (KeESAan Tiga).
4)
Doktrin Ketuhanan Nabi Isa.
5)
Doktrin Ketuhanan Isa ANAK Tuhan.
6)
Kristian mengatakan Nabi Isa mati disalib. Namun ada surah-surah (kira
surah la ye) dalam Bible yang maksudnya tidak membenarkan kenyataan
tersebut. Jadi di mana benarnya ajaran Kristian?
7)
Doktrin Penebusan Dosa Awal dan Akhir.
8)
Ramalan mimpi Isaiah tentang kedatangan Nabi Muhamad dan pengakuan Nabi
Isa dalam Bible. Benarkah pendapat Cik Aishah yang mendakwa 'Isa greater
than Muhammad'.
9)
Apakah ayat dalam Injil Barnabas yang menurut pendapat Ulamak Kristian,
diragui kebenarannya.
10)
Nabi Muhamad SAW dalam Bible. (Ada! Diorang saja buat tak tahu)
11)
Yang ni gempaq. Mungkin para netters tidak pernah dengar. Sesungguhnya
kisah penurunan Surah yang pertama, Al-'Alaq, termaktub di dalam Bible.
Allahhu Akbar! Insyaallah, saya akan kemukakan surah tersebut untuk
pengetahuan semua.
Dari
itu, untuk tatapan dan pengetahuan bersama, marilah kita lihat apakah
benar kenyataan Cik Aishah kita tu yang bangga sangat dengan Kristian
dia. Para netters yang nak komen, boleh komen. Mana tahu ada yang punya
pengetahuan lebih dari saya. Sila kemukakan pengetahuan anda untuk
tatapan dan renungan kita bersama. Sudi-sudikan.
1)
PERCANGGAHAN SURAH DAN PENGUBAHSUAIAN DALAM BIBLE.
Benarkah
kitab Injil yang ada sekarang benar-benar suci? Cik Aishah kurang faham
maksud Al-Quran yang membenarkan kitab Injil. Al-Quran sememangnya
membenarkan, meriwayatkan, mengiyakan dan mengakui bahawasanya Injil
merupakan salah satu kitab yang diturunkan Allah untuk Nabi Isa. Tidak
ada keraguan tentang perkara itu. Namun Al-Quran hanya membenarkan Injil
asli yang mula-mula sekali diturunkan dan bukan Injil yang ada
sekarang. Sejarah telah membuktikan bahawa Injil mengalami banyak
perubahan selama berabad-abad yang mana perubahan tersebut telah membawa
kepada senario penerbitan dua versi Injil iaitu Perjanjian Lama dan
Baru. The Revised Standard Version, 1952 dan 1971, The New American
Standard Bible dan The New World Translation of the Holy Scriptures
telah menghapuskan beberapa versi berbanding dengan King James Version.
Mana satu nak pakai ni? Apakah pengubahsuaian yang sedemikian rupa dapat
mengekalkan ke'suci'an Injil? Apakah pengubahsuaian oleh tangan manusia
menjamin kekalnya satu pegangan ke'Tuhan'an?. Perhatikan percanggahan
surah-surah dalam Injil Perjanjian Lama dan Baru.
II
Samuel 8 : 9-10 "Dan Daud mengambil darinya seribu kereta perang dan
tujuh ratus lelaki berkuda dan dua puluh ribu lelaki berjalan kaki"
I
Chronicles 18 : 4 "Dan Daud mengambil darinya seribu kereta perang dan
tujuh ribu lelaki berkuda dan dua puluh ribu lelaki berjalan kaki"
II Samuel 6
: 23 "Oleh kerana itu Michal anak perempuan Saul tidak punya anak
sehinggalah pada hari kematiannya"
II Samuel
21 : 8 " Tetapi raja telah mengambil dua orang anak lelaki Rizpah anak
perempuan kepada Aiah, di mana dia telah melahirkan Armoni dan
Mephibosheth untuk Saul; dan lima anak lelaki Michal iaitu anak
perempuan Saul yang dibesarkan untuk Adriel, anak lelaki Barzilai suku
Meholath"
Soalannya.
"Adakah Michal mempunyai anak?"
Nota.
Nama Michal dalam II Samuel 21 : 8 masih ada dalam versi King James dan
The New World Translation of the Holy Scriptures yang digunakan oleh The
Jehovah's Witnesses, tetapi telah ditukar kepada 'Merab' dalam The New
American Standard Bible 1973.
II Kings
24 : 8 "Jehoiachim berumur lapan belas tahun ketika dia mula memerintah,
dan dia memerintah Baitul Maqdis selama tiga bulan".
II
Chronicles 22 : 2 "Jehoiachim berumur lapan tahun ketika dia mula
memerintah dan dia memerintah selama tiga bulan sepuluh hari di Baitul
Maqdis"
Nak tahu
lagi?... Terlalu banyak. Lihat Genesis 6 : 3 Ayat ini mengenai Nabi Nuh.
"Dan Tuhan
berkata: Rohku tidak akan selalu berjuang bersama manusia, kerana dia
juga nafsu dan daging; namun hari-harinya akan seratus dua puluh tahun".
Akan
tetapi, berapakah umur Nabi Nuh semasa dia wafat? Lihat Genesis 9 : 29
"Dan
jumlah hari-hari Nuh itu ialah sembilan ratus lima puluh tahun semasa
dia wafat"
Ajaran
Kristian juga mempercayai bahawa Tuhan mencipta manusia dalam imejnya :
putih, hitam atau apa saja, lelaki atau perempuan ? Hal ini tertulis
dalam Genesis 1 : 26 .
"Dan
Tuhan berkata : mari kita membuat manusia dalam imej kita, demi
persamaan kita"
Tetapi
hal ini bertentangan dengan Isaiah 40 : 18 dan 25.
"Lalu
kepada siapa engkau mahu mempersamakan Tuhan? Atau persamaan apa yang
engkau ingin bandingkan dengan dia?.....lalu kepada siapa engkau ingin
menyamakan aku, atau apa serupa dengan aku? Kata Tuhan yang suci"
Lihat
Psalm 89 : 6
"Demi
langit, siapa yang boleh dibandingkan dengan Tuhan?"
Dan
Jeremiah 10 : 6 - 7.
"Kerana
sebanyak mana pun tiada yang menyamai engkau wahai Tuhan.....tiada yang
dapat sama dengan engkau".
Fahami
catatan ini. Luke 1 : 2 - 3.
"
Bahkan sedang mereka menghantarkannya kepada kita, di mana dari awalnya
ialah SAKSI-SAKSI MATA, dan PARA PENDITA YANG TERBAIK DI DUNIA; Ia
nampak baik juga untuk aku mengetahui kefahaman yang sempurna tentang
semua benda dari mula-mula sekali untuk MENULIS SEMUA PERINTAH engkau,
Theophilus yang unggul"
Luke
sendiri mengakui bahawa dia bukan saksi mata dan ilmu pengetahuan dan
bukannya perkataan-perkataan yang diilhamkan oleh Tuhan. Apakah
penulisan Luke itu sama dengan apa yang diturunkan. Terjaminkah
kesahihan tulisannya. Apapun,catitannya dijadikan salah satu surah dalam
Bible.
Fahami
pulak catatan . II Timothy 2 : 8
"
Ingatlah bahawa Tuhan Isa dari benih Daud itu telah dibangkitkan dari
mati MENURUT KATA-KATAKU SENDIRI "
Lalu
di mana benarnya ajaran Kristian?. Tidakkah itu satu bukti bahawa Bible
yang ada sekarang telah ditokoktambah dan telah hilang kesuciannya?
Itulah
serba sedikit perubahan percanggahan yang jelas ketara dalam Bible yang
masih dinafikan oleh ulamak dan penganut ugama Kristian. Masih terdapat
banyak lagi percanggahan surah-surah yang boleh kita dapati dalam Bible
seperti dalam surah John, Matthew dan banyak lagi dalam Perjanjian Lama
dan Baru. Tidak seperti Al-Quran yang terjamin keasliannya. Firman
Allah dalam Surah Al-Hijr, ayat 9 yang bermaksud,
"Sesungguhnya,
Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar
memeliharanya"
Saya
tak pernah jumpa satu jaminan yang sedemikian rupa dalam Injil. Lalu
tanya diri kita. Seandainya kedua-dua Injil dan Al-Quran datangnya dari
Allah dan hanya Al-Quran sahaja yang dijamin keasliannya sedang ia
'override' kitab-kitab yang lain, maka yang mana satu kita nak ambil.
Manusia yang menggunakan akalnya akan mengatakan sudah pasti Al-Quran.
Maka patutkah umat Kristian (lebih-lebih lagi Cik Aishah kita tu)
mengakui injil yang ada sekarang sememangnya dari Tuhan dan bukan
doktrin ciptaan manusia?
Sekian
dulu buat kali ini. Dah penat dah ni. Insyaalah, kita akan bertemu lagi
di topik yang kedua dan seterusnya. Sekian. Assalammualaikum untuk
semua para netters.
Ahmad
Redzwan Bin Abdullah @ Charles Rundi.
Untaian
Doa: " Ya Allah Ya TuhanKu........Sesungguhnya aku ini lemah, maka
kuatkanlah aku. Sesungguhnya aku ini hina, maka muliakanlah aku. Dan
sesungguhnya aku ini papa, maka kayakanlah aku, wahai Zat yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihan
Tiada ulasan :
Catat Ulasan