Sabtu, 17 Disember 2011

NILAI SEBUAH KASIH SAYANG


mak maafkan saya
saya sayang mak sangt2
saya tak tahu macam mane nak beritahu sayngnya saya kat mak
mak terlalu bernilai kepada saya
mak banyak mengajar saya erti kehidupan
semenjak saya dilahirkan mak tidak jemu2 menasihati saya
saya masih ingat lagi masa kecil2 dulu
mak selalu melarang saya mandi hujan
mak kata:
"jangan mandi hujan nanti demam!!"
pada masa tuh saya tak pham apa yang mak cakp
dalam hati saya cakap:
"mandi hujan pon boleh demam?? pelik???"
lepas tuh masa saya main benda tajam
mak pesan:
"kalau luka nanti berdarah siapa nak ubat?? sapa nak nangis??"
mak selalu marah..
sebenarnya sekarg saya tahu,bila kanak2 main pisau nanti membahayakan nyawanya
ooowwwhh begitu
masa makan pulak
mak sentiasa pesan:
"sebelum makan basuh tangan,jgn lupa baca doa sebelum makan dan selepas makan"
mak ajar agama kepada saya dengan cukup dan lengkap
saya ingat lagi kalau saya malas nak pergi ke sekolah 
mak akan marah
mak akan membebel sepanjang hari 
huhhuhuhuuh,,

tapi.... 
itu semua cerita dulu2
sekrang nie saya dah besar
semua pesanan mak menjadi mahkota kepada saya..
mak saya tidak akan mengabaikan mak
sari kecil mak belai saya dengan penuh kasih sayang
mak jaga makan dan pakai saya dengan lengkap
saya ingat lagi lepas arwah ayah meninggal
mak cakap:
"walaubagaimana susah pon hidup kita,kita perlu berusaha
ingat allah lah penolong segala masalah"
mak tiada pengantinya
satu seumur hidup
mak membebel tuh adalh pesanan bernilai bagi saya apabila kelak saya bergelar ayah 
sekrg tiada lagi kedegaran teguran2 seperti itu
saya sangt merinduinya mak
selagi allah mengurniakan kudrat kepada saya
saya akan sentiasa menjaga mak dengan sebaik nya
ampunkan dosaku wahai ibu ku..
terima kasih...pesanan mak..

Khamis, 15 Disember 2011

AIR MATA


pemergian orang yang kita sayang memang menyakitkan
kawan,ahli keluarga
kalau kita sedih kenapa kita perlu menangis
mak selalu pesan:
menngis lah sbb air mata tuh penawar
kita sedih atas banyak perkara
tapi kenapa nak nangis??
kawan2 sebagai perangsang
kawn2 sebgai penawar
tapi kawan2 juga sebagai racun
kenapa kalau ada kawan yg menyakitkan hati kita 
kita perlu sedih?? padahal banyak lagi kawan kita
wahai kawan2 andalah insan yang kami sayang
tak tahu nak describe mcam mane..susah nak kata
mak kata:
kawan yang baik kawan yang sanggup menngis sbb kita
bukan kawan2 yang ketawa bersama2 kita
kenapa mak cakp gtu??
nabi pon pesan jangan bnyk ketawa
nabi tak pernah pon kata ketawa itu sedekah
tapi nabi berkata:
senyum itu penawar dan juga sedekah
ha jadi betul lah kata mak tuh
terima kasih mak

air mata perlu dihargai
setitik air itu ibarat sang mutiara
air mata tiada penghujungnya
jadi jangan bazirkan air mata kita sbb benda2 yang bodoh
sekian..terima kasih mak

isteriku


masa kecik2 dulu selalu suka tgok orang kawin
sampai main kawin2
seronok sangat
kalau jiran kawin mesti riuh rendah satu kampung
mak pesan:
kalo nak cari isteri biarlah yang pakai tudung
wah hhhh seronoknya dapt kawin
boleh dapt anak ramai2...
heheheh
mak pesan:
bila dah pesan jangan abaikan mak
seorang anak lelaki wajib menjaga mak nya
errrmmm aku cuma bercakap:
perintah dijunjung..heheh
main pesan:
kawin biar dengan perempuan yang baik..bertudung..dan pandai masak
ooo rupa2nya itu ciri2 pilihan emak aku
tapi zaman sekarang susah nak cari perempuan mcm tuh
sekrg nie popuan suka pakai bibik
kerja pon dah besor mcm gajah
gaji pon besor
wah seeeraaam nie
jadi lelaki pon kena fight lah gan popuan
popuan nie mak kata:
kalo kerja besar2 susah nak bagi tumpuan kat suami

mak pesan lagi:
bila dah ada isteri kena bagi nafkah zahir dan batin secukupnya
jangan abaikan tanggungjawab
mesti bimbing ke jalan allah
sentiasa hormat menghormati
isteri mak kata ibarat sebutir mutiara
kalo hilang susah dicari ganti
kalo jumpa pon dah dicuri orang
mak pesan:
jangan sesekali ceraikan isteri kecuali dah tiada jalan penyelesaian
allah memg menghalalkan penceraian tapi perkara itu tidak disukai allah
bergegar arashi allah apabila seorang suami melafazakn talak kepada isterinya
mak kata: nak pilih isteri biar ikhlas
jangan melihat kecantikan nya sahaja
tapi mesti menyusuri hatinya
jadi aku berpesan kepada mak ku:
kalau mcm tuh ,boleh tak saya memohon satu permintaan??
mak berkata: apa??
aku berkata: mak tolong carikan saya jodoh..
kerana saya percaya "RADHA ALLAH TERLETAK KEPADA KERADHAAN KEDUA IBU BAPA"
sekain ..salam :) pesan emak...

Rabu, 14 Disember 2011

KHALWAT


Khalwat???
apa tuh??
masa kau kecik2 dulu ( tapi skrg dah besar)
aku pikir,ape bendanya khalwat nie
aku ingatkan khalwat nie sejenis kuih muih tradisional
huhuhuuhuu
jahil sungguh aku masa tuh
tapi bila aku menempuhi alam dewasa baru aku tahu
makna khlawat sebenarnya
dulu masa aku belajar
ustaz kata 
"khalwat adalah sikap yg suka berseorang memuji kebesaran allah,dan ini dituntut oleh allah
dan akan diberi ganjaran syurga,insyaallah"
itu lah yang dikatakan oleh ustazku
tapi bila time tuh aku bace artikel sebuah akhbar
"seorang datin ditangkap khalwat"
jadi pada waktu itu aku cakap:
ha baguslah mat datin nie,boleh masuk syurga sbb rajin berkhalwat
tapi tibe2 mak aku pulak yang marah
mak cakap;
"boleh masuk syurga tapi kena bertaubat sebenar2 taubat dulu"
aku dah jadi pelik tahap siput dah
so aku dah tak paham
rupa2nya mat datin nie kena tangkap basah rupanya..
oooo baru aku paham
macma2 dailek digunakan oleh orang2 kita nie
aku ingatkan kalo berkhalwat tu bagus
rupa2nya tak elok..baru nak try..oppppsss
maaf2 aku gurau je
jadi dalam konteks masyarakat perlu tahu ada perkara yang boleh kita lakukan dan ada dilarang
mak pesan: 
"buatlah apa2 perkara nak buat tapi jangan lakukan perkara2 yang melanggar syariat allah"
mak kata:
ingat mak sayang kamu sangt2 dan mak akan sentiasa mendoakan kamu
kamu perlu melawan nafsumu agar nafsumu tidak menguasai dirimu..
moga allah melindungi kita..insyaallah

padamu ku bersujud with lirik

PERGADUHAN DAN KEMUSNAHAN

Kasih sayang tiada nilai dimata manusia
benci membenci adalah lumrah kehidupan
aku terdampar seperti orang yg sudah mati
aku tiada hala tuju'
tiada tempat untuk mengadu
sakit hati ni hanya tuhan saja yang tahu
manusia berbalah,aku menjadi mangsa
tiada tangan yang sanggup menghulur
tiada tangan ynag sanggup meminjamkan kasih sayangnya
yang ada hanyalah dendam dan kebencian 
yang tiada kesudahan
ibarat angin yang hanya berlalu lantas hilang
tulah kehidupanku
hanya dipergunakan seketika
lalu jasaku dilupakan
manusia membenci
ibarat benci itu makanan
manusia akan lemah tanpa kebencian
kenapa perlu begitu??
aku sedih
kemaafan telahku pohon tapi kenapa kebencian masih bertakhta
manusia membenci kerana
manusia lain ada kelemahan
mereka dibenci kerana mereka hodoh,bodoh,jijik,miskin,kotor
itu sbbnya?? 
itulah manusia yang tiada penghujung bicara
sesungguhnya allah itu maha melihat..
jadi bertaubatlah hamba allah yang berdosa..


Selasa, 13 Disember 2011

KEAMPUNAN DINODAI


andai hari nie aku merasakan sesak
tunjukkan aku kehidupan yang sebenarnya
aku mansia yg lemah
lemah untuk menempuhi kehidupan seorang diri
aku tidak sebaik para ulama
tapi aku sedar akan kesilapan ku melampaui btasan seorang manusia
aku berdosa dan aku tahu aku berdosa
keampunan kepada tuhan tidak pernah lekang di mulutku
aku tewas dek kerana nafsu serakah ku
aku tahu aku bukan umat yang baik
tapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik
ya allah!! andai aku bersalah jadi ampunkanlah diriku
andai aku tahu hari besok aku akan menemuimu
jadi tunjkkanlah aku jalan pulang yang terbaik
aku hambamu yang lemah
nafsu mengawalku
mulutku menjadi tunjang untuk diriku
sebenarnya mulutku telah melampaui pekerjaannya yang asal
bersifat mulia tapi ia boleh berubah
membawa padah kepada ku
aku tahu engkau maha pengampun ya alah
tapi keampunan telah pun dinodai oleh manusia
aku menangis tidk mendapat keampunan dari manusia
ya allah kalau engakau memerintahkan makhlukMU (malaikat)
menjemputku
maka biarlah aku meninggalkan dunia ini dengan ungkapan kemaafan
aku takut ya allah
aku takut ke nerakamu
tapi aku rasa aku jugak tidak layak ke syurgamu
andai aku mati dalam penghinaan 
aku lah hambamu yang paling hina
ampunkan dosakuuuuuu...

KETABAHAN SEORANG SAHABAT

memori peristiwa semalam mengimbas kotak pemikiran asha
ingatan itu cukup pahit untuk ditelAN 
berlegar2 dan berputar2 menganggu tumpuan fikiran asha
dia seakan tidak percaya apa yg dilihatku
namun hatinya perlu tunduk kepada kebenaran pandangan matanya
perubahan sahabatku merentap tangkai jantungku
mahkota perbadi unggul sahabatku telah menjadi tontinan umum
langkah kakiku longlai menyusur jalan pulang
kini kepalaku sarat dengan bebanan yg belum ada jalan penyelesaiannya
memg sukar membina diri berbanding betapa mudahnya untuk menghancurkan
begitu juga tidak mudah melenturkan jiwa berbanding membiarkannya liar dan terbiar
otak pemikiran asha ligat mencari jalan keluar
asha dalam dilema untuk menyatakan atau menyimpannya
namun dada asha dirasakan sesak andai apa yg terbuku hanya dipendam
jika tidak berterus terang asha terasa berdosa pada yg ESA 
namun jika melontar buah pemikiran mungkin ada insan yg terluka dan tersentuh rasa
mungkin sahabat sekalian melihat asha ketawa
tetapi mungkin sebenarnya asha tidak setabah yg disangkakan
di sebalik senyuman mungkin byk cerita sedih yg ingin diluahkan
di sebalik kesenangan mungkin tersimpan seribu kekalutan
sedarilah bahawa dirimu diciptakan dengan kesempurnaan 
tanpa perlu mencari sesuatu yg berlawanan dengannya
tidakkah selepas kesempurnaan itu hanya kekurangan??
jadi berpesan2 dgn kebenaran
dan berpesan2 dengan kesabran

Isnin, 12 Disember 2011

DENDAM KEBENCIAN

entahlah ape nak jadi kat dunia nie..
manusia saling dendam antara satu sama yg lain
asha kecewa
dendam tuh adalah satu penyakit yg sangat jht
tiada perkara lain yg lebih jahat daripada dendam
manusia tidak pernh belajar daripada masa lampau
dendamlah yg menghancurkan ketamadunan manusia yg kukuh berjuta abad
islam ingin dihancurkan dek kerana sifat dendam orang2 kafir
ALLAH telah pon berfirman
BISMILLAH..
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara" (Al-Hujurat: 10).


Manusia akan ketawa apabila mereka berjaya memusnahkan orag lain
sedangkan itu adalah sifat syaitan
sifat yg buruk lagi dihinakan oleh allah
berdendam tiada kesudahan
akhirnya akan merosakkan hati
bangga apabila berjaya memburukkan orang lain 
seronok mengaibkan orang lain
dijadikan orang itu ibarat boneka
boneka yg hidup tapi tak bergerak
dendam kesumat yg telah menyebbkan hang tuah pahlawan melayu mati
apabila kita berdendam maka berdoalah kepada allah moga jauhi sifat buruk itu
dendam kemudia keaiban kemudian kehancuran
jadi jauhilah sifat syaitan laknatullah itu..

Ahad, 11 Disember 2011

PENGORBANAN TAK BERBAYAR



pengorbanan manusia terlalu banyak
tapi mansia sendiri tak tahu ape ertinya pengorbanan
meninggalkan sesuatu yg baik untuk mendaptkan yg lebih baik
kadang2 manusia tak puas dengan ape yg ade
mahukan yg lebih baik
sesuatu yg lebih baik tak kan muncul kalo kita tak berusaha
tak berguna bagi seseorg manusia kalo dia dia dapt yg lebih baik
dengan cara dia menjatuhkan maruah org
mak asha selalu pesan:
kalo orang wat jahat kat kita makneye dia nak mengajar kita erti ketabahan
manusia mmg akan selalu menindas org lain untuk kepentingan
asha sedih dengan manusia
dunia sudah akhir zaman
manusia tiada sifat kasih sayang
saling menghancurkan satu sama lain
org bencikan sesorg sbb dia mempunyai kelebihan
mak selalu pesan:
jgn buat jahat kat org,jaga keaiban dia
walaupon dia benci kita satu hari nanti dia tentu akan sayg kita
dia akan ingat apa pengorbanan kita..i love my frenz


Jumaat, 25 November 2011

KEKAYAAN MENGATASI NAFSU




Kaya??
Memaglah ko banyak duit tapi janganlah berlagak sangt!!
Walaupun korang kaya sekali pun tapi kalau dah mati tak bawak pun duit tu
Semua orang nak jadi kaya
Semua orang nak hidup seng tapi tahu ke kita bahawa kekayaan yang kita milki
Sebenarnya bukan lah hak kita
Semua tuh adalah kurnian allah s.w.t.
Manusia sentiasa bermegah dengan apa yang dimilikinya
Tahniahlah korang kalau banyak duit
Tapi sedarlah duit korang tuh bukan hak korang jek
Dalam harta korang tuh adany hak orang2 miskin
Hak anak2 yatim,hak ibu tunggal
Jangan rasa harta korang hak korang sorang jek
Kalau korang rase harta korang hak korang sorang
Korang boleh hidup dengan angan2 bahwa korang tidak akan mati
Tapi awas!!! Kekuasaan allah tuh menguasai seglanya
Qarun dimusnahkan allah dengan allah memerintahkan bumi menelan hartanya
Diceritakan dalam satu riwayat,kekayaan qarun ini terlalu banyak
Dikisahkan kunci harta nya memenuhi sebuah bilik
Masyaallah terlalu kaya sampai tidak dapat gambarkan kekayannnya
Maka apabila allah memberikan kekayaannya kepadanya,dia bongkak
Dan merasakan segala apa yang ada pda diri nya adalah hak nya yang mutlak
Maka allah menarik segala nikmat itu daripada
Jadi janganlah kita rasa apa yang kita miliki hak keabadian kita sahaja
Sebenarnya banyak lagi hak2 orang lain




Khamis, 24 November 2011

TEKNOLOGI PEMUSNAH KETAMADUNAN MANUSIA



Teknologi sememangnya diciptakan untuk memudahkan manusia
Tapi tangan2 manusialah yang telah merosakkan nya
Manusia menggunakan kelebihan mereka untuk menindas makhluk Lain
Seperti wujudnya telefon,tatkala penciptaannya memudahkan manusia
Tapi…
Lain pulak yang berlaku
Telefon sememangnya hebat untuk pertama kali ia wujud di dunia ini
Pernah kah anda terfikir sebenarnya telefon menganggu kehidupan
Menganggu pengabadian kita kepada allah
Menambahkan dosa manusia
Sememangnya tidak dinafikan telefon pon kadang2 memberi kelebihan
Liaht disini bagaimana teknologi yang kita agungkan sebenarnya menghancurkan
Kita..
Lihat gambar di bawah…






Jadi perhatikan,sebenarnya teknologi ini tidak pernah memusuhi mereka
Tapi kitalah yang telah memusuhi mereka
Tanggungjawab kita adalah memelihara alam ini dengan sempurna
Bersyukurlah menikmati segala yang allah kurniakan
Salam..

Rabu, 23 November 2011

MAKANAN MENJADI DAGING

bismillah..
kalau sebut pasal makan semua orang suka
makanan yang baik membentuk keperibadian yang baik
sesungguh nya allah itu baik
maka allah tidak akan menerimakan melainkan yang baik sahaja
sesuap maknan yang masuk ke dalm tubuh setiap manusia akan bertanggungjawab di hadapan allah
kalau baik makanan itu maka baiklah amal ibadat kita,
maka tatkala allah telah berfirman:

bismillah
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.
(Surah 2 - Al Baqarah : Ayat 172)

manusia berhak mengunakan segla apa yang ada dimuka bumi ini
ayat memrintahkan supaya seluruh makhluk dimuka bumi ini tunduk kepada manusia
manusia berhak untuk menerokai bumi dengan batasan
manusia menjadikan haiwan sebagai hambanya
alam untuk mencari rezeki dan kurnian allah
allah menurunkan hujan untuk merahmati seluruh makhluk
tidak ada satu pun yang dijadikan allah itu sia2 

sesetengah perkara diharamkan oleh allah 
hal ini kerana bagi menjaga kemaslahatan manusia
tatkala seperti mana allah s.w.t telah berfirman

bismillah..
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
 (Surah 2 - Al Baqarah : Ayat 173)


islam itu adil kepada semua makhluk
islam tidak pula menyusahkan umatnya
senang dan mudah dipraktikkan
terdapat banyak sangt makanan2 yang diragui pada masa sekarang
agenda2 orang kafir sentiasa ingin merosakkan akidah umat islam
mencampurkan bahagian makanan yg haram dengan makanan yg halal

di dalam islam telah pun mengklasifikasikan makanan tidak halal kepada 2:
1. Ada yang diharamkan karena dzatnya. Maksudnya asal dari makanan tersebut memang sudah haram, seperti: bangkai, darah, babi, anjing, khamar, dan selainnya.
2. Ada yang diharamkan karena suatu sebab yang tidak berhubungan dengan dzatnya. Maksudnya asal makanannya adalah halal, akan tetapi dia menjadi haram karena adanya sebab yang tidak berkaitan dengan makanan tersebut. Misalnya: makanan dari hasil mencuri, upah perzinahan, sesajen perdukunan, makanan yang disuguhkan dalam acara-acara yang bid’ah, dan lain sebagainya.


maka jangan jadikan makanan yang haram itu sebagai darah daging
segumpal daging yang terbentuk akan mendapat penghinaan allah kelak
jadi mulakan dengan bismillah dan akhiri alhamdulillah
selepas makan rezeki allah s.w.t..semoga keberkatan sentiasa bersama











SEKSI ITU CANTIK

cantik ke pakai baju seksi2 nie??
kadang2 aku sendiri pun tak paham apakah kehendak orang yg pakai seksi ni
nak tarik perhatianke??
tahu tak allah melaknat hamba2nya yang mendedahkan auratnya dgn sengaja
nak ke allah laknat korang??
tapi kenapa korang wat jugak ape yang allah larang?
asha suka sangt ungkapan nie
"menutup aurat adalah pakaian wanita solehah
wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah"
sedapkan ungkapan ni
tak semua yang mampu memakai tudung labuh diwaktu matahari di waktu tghhari
tak mampu wanita jahat yang mampu jubah yg panas ketika matahri menyinar


kenapa susah sangt nak menutup aurat??
aurat dijadikan penghoramatan tertinggi dalam hidup manusia
merupakan tunjang maruah seseorang manusia
manusia tanpa maruah tidak bermakna
dilaknat oleh sekalian makhluk di muka bumi ini
allah s.w.t telah berfirman dalam kitabnya yang mulia
BISMILLAH..
“Wahai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa, itulah yang paling baik atau yang terbaik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah mudahan mereka selalu ingat. Wahai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan kedua ibu bapamu pakaiannya untuk diperhatikan oleh penghuni syurga akan aurat keduanya . Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (QS.Al A’raaf,7:26-27)

renunglah betapa banyak nya dosa manusia pembuka aurat yang dilaknat
sejauh mana kamu melangkah maka perhatikanlah dirimu
moga kamu dijauhi perkara2 yang jahat
sesungguhnya syaitan itu sentiasa mengajak kamu ke jalan yang sesat..
moga kita tergolong orang2 yang beriman
amin ya rabbal alamin..  


BLACKHOLE PEMUSNAH BINTANG

Dalam surah Al-Waqi'ah ayat 75-76 Allah berkata,

فَلَا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ
Maksudnya: "Maka Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang (orbit)."

وَإِنَّهُ لَقَسَمٌ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ
Maksudnya:"Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalau kamu mengetahuinya."

Mawaaqi'un Nujuum mengandungi dua perkataan iaitu mawaaqi' dan nujuum. Mawaaqi' berasal daripada perkataan waqa'a yang bermaksud fall down, drop, to tumble , dalam bahasa Melayunya bermaksud jatuh, tersungkur atau merundum. Nujuum pula bermaksud bintang-bintang. Justeru Mawaaqi'n nujuum diertikan sebagai tempat jatuh merundumnya bintang-bintang. Adakah ayat ini berkaitan dengan black holes atau lubang hitam? 
Black holes terhasil apabila bintang-bintang yang besar meledak dan meletup di angkasa raya. Memandangkan sesetengah bintang adalah 10 hingga 15 kali ganda lebih esar daripada matahari, maka letupan ini sememangnya dahsyat. Ia adalah tarikh mati bagi bintang-bintang ini. Ledakan yang dahsyat ini dikenali sebagai supernova. Saki-baki peninggalan (remnants) daripada bintang yang meledak ini akan jatuh ke satu garis pusat sehingga melahirkan satu kawasan yang mempunyai tarikan graviti yang tinggi. Apa sahaja yang memasuki kawasan ini termasuk cahaya tidak dapat keluar daripadanya. Saintis menamakannya sebagai black holes. Bintang-bintang jatuh merundum dan hancur di dalamnya. Hal ini dilaporkan oleh NASA di imagine.gsfc.nasa.gov