Rabu, 13 April 2016

Mesej daripada MAK!!!

Hari ini aku bersaksikan sebuah kerinduan yag dahsyat
mak yang melahirkan aku mengatakan sesuatu yang menikam kalbu
...baliklah nak..mak rindukan kamu nak....

ya allah adakah aku berdosa membiarkan kerinduan ini berlanjutan
adakah aku anak derhaka ya allah
di mana aku mahu letak muka ku dihadapan ilahi
tatkala allah menanyakan aku..
yaaaaa hambaku.. apa yang kamu lakukan tatkala ibumu merindui kamu..

ya tuhan aku tak mampu menjawabnya
mak... tunggu amer balik ye mak
mak kena tahu satu perkara
apa2 pun amer sayang kan mak
amer rindu kan mak.. :(

MOHD AMIR BIN HAJI SAARI

Isnin, 4 April 2016

Doa Untuk Ibu

ya allah
mana ada anak yang sangggup melihat ibunya di dalam kesakitan
di usianya sudah menjangkau setengah abad ia masih risaukan aku
masih memikirkan masa depan aku

ya allah
kau berikan senyuman dibibir ibuku
tatkala ia berduka sendirian tanpa aku disisinya
aku tahu KAU sentiasa menjaga dan melindunginya
dan aku juga tahu ENGKAULAH kekuatannya

ya allah
aku jauh di sini mencari rezeki
bukan untuk orang lain tapi untuk keluargaku
bukan untuk diriku malah tidak sedetik pun aku memikirkan diriku
hanya ibuku yang utama

ya allah
ibuku didalam kesakitan yang tidak dapat aku selami
dia nampak kuat walaupun aku tahu dia menangis sendirian
aku tidak tahu apa yang boleh aku lakukan
hanya doa dan kata-kata yang mampu aku limpahkan

ya allah
kau maha mendengar rintihan hambamu yang berdosa
hambamu yang kini kian melupakanMU
hambamu yang alpa dengan keseronakan di dunia
jika aku berdosa ya allah janganlah kau menghukumi kedua ibu bapaku

ya allah
aku sanggup ya allah jika penyakit ibuku berpindah kepadaku
mana ada anak yang sanggup melihat ibunya merintih setiap hari
manakan sanggup aku tersenyum tatkala air mata mengalir di pipinya
moga ibuku sihat selalu supaya dapat aku menabur jasa..
amin..

nukilan khas
Anakmu,,,

Selasa, 15 Disember 2015

Perkahwinan

Tahun ni Mak mcm Lain sikit
Ameer rasa Mak Sgt lain dari tahun2 lalu
Mak dh mula cakap soal perkhwinan
Mak MCm bagi hint nak suruh Ameer kawin

Mak..
Kawin tu indah..sangat indah
Ameer tahu mak nak Ameer kawen
Mak pn pernah cakap yg mak nak cucu
Ingat tak masa dlu waktu makan 
Mak ada cakap.. 
Umur mak dh xlama..Ameer pn dh besar..mak rasa Ameer dh bersedia utk kawin

Mak...
Ameer mmg nak kawin tpi ada beberapa perkara Ameer kena buat dlu
1) mencari Sumber kewangan yang mencukupi
2) belajar ilmu agama sekurang2nya betulkan tajwid Quran
3) berdikari

Ameer perlukan waktu utk ini semua
Sebenarnya calon sudah ada tpi belum tiba waktu yg Allah tetapkan
Sabar itu penawar bagi setiap perancangan
Inshaallah tiada satu pn tersembunyi disisi Allah

Mak doakan Ameer supaya sentiasa berjaya ye
Berjaya mbina sebuah keluarga yg disayangi Allah 
Sebuah impian perkahwinan itu pasti ada
Kecuali dihalang dengan kematian..
Wallahualam

(Mohd Amir bin haji Saari)

Sebuah Kenyataan..

Sebuah Kenyataan..

Hari INI ameer jengah disebalik tirai
Sebuah fakta itu Ameer rungkai
Inilah sebuah kenyataan 
Sebuah kenyataan tentang Mak..

Mak andai sudi Mak maafkan Ameer
Itulah satu keberuntungan utk anakmu
Ameer sedar mak Sudah pun tua
Itulah sebuah kenyataan

Dulu mak mengangkat pinggan dgn kuat
Kini sebuah kenyataan Mak tidak berdaya lgi
Mak perlukan bantuan utk melakukannya
Itulah sebuah kenyataan

USIA Mak makin dimamah seiring putaran bumi
Urat2 tua itu kelihatan
Kudrat tidak sekuat dulu
Itulah sebuah kenyataan

Mak.. Andai Mak izinkan permintaan Ameer
Ameer ingin menjaga Dan mbahagiakan Mak
Memberi kebhagian dihujung masa INI
Moga menjadi saksi diperhitungan ilahi

Sebuah kenyataan itu adalah kepahitan
Allah sudah tetapkan masaNYA
Tidak ada sesiapa pun dpt menyembunyikan
Kerna ianya sebuah kenyataan yang pasti berlaku..

(Mohd Amir bin Haji Saari)

Sabtu, 21 Mac 2015

Andai ini hari Terakhir

mak andai hari ini adalah hari terkahir ameer
ameer minta amaaf byk2 sangat kat mak
amer banyak buat salah kat mak
banyak sakitkan hati mak
amer nak minta maaf kat mak
kalau andai ameer pergi stu hari nanti
ameer harap ada org blh jaga mak
ameer wasiat kepada pembaca yang bace blog ameer
tolong bagitahu mak
jaga diri
jangn lupa makan ubat
ameer sayang mak
mak jangan nangis masa ameer dah terbujur kaku
cuma ameer nak korang bgtahu mak
sampai bile2 pn ameer akan sayang mak
ameer tunggu mak kat depan pintu syurga ye
assalammualaikum

Khamis, 19 Mac 2015

kirimankan doaku ya allah

ya allah
di hari ini ku nikmati pelbagai kesenangan
tatkala aku tidak tahu apa yang ibuku makan
aku merenung dan melihat keesaan tuhan
kerna aku tahu aku bukan anak yang beriman

ya tuhan
aku menadah tangan kepadamu
memohon simpati dan kerahmatan
kau jagalah ibuku tatakala dia kesedihan
jangan kau letakkan sekelumit kesengsaraan

ya tuhan..
aku rindu kepadanya
tiada apa yang dapat membalas kerinduan ini
kerna isnya istimewa
tiada tolok bandingnya

ya allah
hidupku dan matiku untukmu
sebelum aku pejamkan mata
kau berikanlah kesempatan berbakti kepadanya
supaya aku dapat memimpin tangannya ke baitullah

ya tuhan
dengarlah permintaan hambamu yang kerdil ini
hambumu yang banyak melakukan kezaliman
tapi engkau maha pengampun ya allah
ampunilah segala dosa ibuku, ayahku serta diri hambamu ini
amin ya rabbal alamin

NUKILAN KHAS
(mohd amir bin haji saari)

Rabu, 18 Mac 2015

Sakitnya Mak

hari ini amer bace satu surat khabar
debor giler jantung amer baca tajuknya
tak boleh bayang kalau jadi kat mak macam tu
biar amer kena xpe, jangan mak kena
tajuk blog tu "ajar umi mengucap"
sambil amer baca ni air mata tak sedar jatuh 
rasa macam kerisauan dalam hati
amer boleh bayang betapa sedihnya hati anak dia
dalam blog nie dia tulis
anak dia ajar mak dia mngucap 
mak dia patah tgan
kaki tak boleh gerak dah
ya allah besar dugaan allah kepada dia
mak dulu pernah pesan 
"jangan pernah rasa diri kita susah, sedangkan allah beri kesusahan lebih lagi kepada orang lain"
mak ajar amer bersyukur dengan kurniaan allah
terima kasih mak
amer akan jaga mak sampai amer mati.