ya allah
di hari ini ku nikmati pelbagai kesenangan
tatkala aku tidak tahu apa yang ibuku makan
aku merenung dan melihat keesaan tuhan
kerna aku tahu aku bukan anak yang beriman
ya tuhan
aku menadah tangan kepadamu
memohon simpati dan kerahmatan
kau jagalah ibuku tatakala dia kesedihan
jangan kau letakkan sekelumit kesengsaraan
ya tuhan..
aku rindu kepadanya
tiada apa yang dapat membalas kerinduan ini
kerna isnya istimewa
tiada tolok bandingnya
ya allah
hidupku dan matiku untukmu
sebelum aku pejamkan mata
kau berikanlah kesempatan berbakti kepadanya
supaya aku dapat memimpin tangannya ke baitullah
ya tuhan
dengarlah permintaan hambamu yang kerdil ini
hambumu yang banyak melakukan kezaliman
tapi engkau maha pengampun ya allah
ampunilah segala dosa ibuku, ayahku serta diri hambamu ini
amin ya rabbal alamin
NUKILAN KHAS
(mohd amir bin haji saari)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan