Sabtu, 12 November 2011

israel dan pengikut nabi allah daud a.s



Di sebalik simbol Star David


Simbol Bintang Nabi Daud @ Star David mudah untuk dilihat di mana-mana. Jika melihat sahaja simbol ini, sudah tentu antara perkara pertama yang terlintas di fikiran kita ialah simbol Israel kerana ia digunapakai pada benderaan kerajaannya. Tambahan, Israel lah yang memperkenalkan simbol Bintang Nabi Daud @ Star David ini kepada dunia, kepada kita semua. Kenapa mereka menggunakan simbol yang juga dinamakan Magen David ini??. Kenapa tidak simbol lain seperti kebanyakan negara lain?. Mari sama-sama kita kaji.

Bintang Nabi Daud bukanlah suatu simbol yang biasa bagi kaum Israel. Ia mempunyai maksudnya yang tersendiri dan kebanyakan masyarakat lain selain mereka tidak mengetahuinya. Bagi mereka yang menganut agama Judais simbol Star David ini bermaksud simbol keberanian raja bagi kaum Bani Israel pada zaman Nabi Daud a.s. Di dalam bahasa Yahudi Ashkenazi dan Yiddish, Mogen David dipanggil Mogen Dovid manakala dalam istilah geografi pula dinamakan sebagai hexagram.

Torah (Taurat) dan simbol Star David

Tujuan asal penggunaan simbol ini adalah untuk memperkenalkan identiti agama Judais dan bangsa Yahudi itu sendiri. Seperti yang telah dikatakan pada entri konspirasi yang lepas, mereka terkenal dengan sikap ingin memperkenalkan atau menonjolkan keyahudian mereka di mata dunia dengan menggunakan simbol-simbol dan lambang tertentu. Hal ini dapat membanggakan mereka dan kerana itu mereka menggunakan lambang ini pada bendera Israel sebagai lambang identiti Yahudi mereka.

Gabungan dua segi tiga bersilang

Sombol ini terbentuk hasil daripada gabungan dua buah segi tiga yang bersilang antara satu sama lain. Kombinasi dua segi tiga bersilang ini akan menghasilkan bentuk hexagram atau geometri bersudut enam. Dalam fahaman Kabbalah, 6 sudut ini mewakili 6 arah angin iaitu utara, timur, selatan, barat, atas dan bawah. Penganut Judais percaya bahawa 6 sudut tersebut berasal daripada 3 sudut yang mewakili kepercayaan mereka iaitu Tuhan, Israel dan Torah (Taurat).


akan bersambung kemudian..insyaAllah

Tiada ulasan :

Catat Ulasan