BISMILLAH..DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA MENYAYANGI ..MOGE ALLAH TIDAK MELETAKKAN KITA D ANTARA ORANG-ORANG YANG TERHINA DI DALAM AZAB API NERAKA JAHANAM ..
Bicara tentang murtad bukan lah suatu perkara baru dalam isu pemesongan
Akidah umat Islam. Sejak zaman Rasulullah dan para sahabat juga terdapat
gerakan memesong akidah ini, terutamanya ketika zaman Saidina Abu Bakar
As-Siddiq.
1. Mari kita menyelami sedikit kisah bagaimana Saidina Abu Bakar
mengatasi gejala Murtad ini. Saidina Abu Bakar telah meneruskan
tindakan Rasulullah SAW sebelum
kewafatannya menghantar tentera yang dipimpin oleh Usamah keluar
berperang walaupun tidak dipersetujui oleh para sahabat kerana perlunya
tindakan untuk mengatasi gejala murtad selepas kewafatan Nabi SAW
kerana terdapat orang Islam yang tidak ingin membayar zakat atau
membayar dengan tidak sempurna. Khalifah Abu Bakar telah melantik
Khalid Aw-Walid untuk mengetuai kumpulan memerangi orang-orang yang
murtad ini.
2. Saidina Umar juga pernah berkata " Suatu malam dan satu hari saidina
Abu Bakr lebih baik daripada Umar dan keluarganya". Satu malam semasa
Hijrah bersama Nabi s.a.w manakala satu hari adalah di hari kewafatan
Rasulullah s.a.w diaman saidina Abu Bakr dengan tenang tetapi tegas
mengahadapi saat getir itu, ditambah dengan gejala murtad yang melandai
sebahagian umat Islam pada masa itu. Beliau berkata " Wahai kaum
muslimin, barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati,
Tetapi barang siapa menyembah Allah,maka Allah selama-lamanya hidup
tidak mati" seraya menyambung lagi dengan ayat Al-Quran, surah Ali-Imran
:144
3. EMPAT SASARAN MURTAD, bergitulah tajuk muka hadapan akhbar
tempatan hari ini. Empat golongan dipercayai menjadi sasaran utama
kumpulan pendakwah Kristian untuk memurtadkan orang islam dinegara ini
ialah Orang Miskin, Anak Muda, Pesakit Kronik dan Golongan Intelek. "Inilah
sasaran utama, mulanya dengan cara membantu namun lama-kelamaan mereka
mula mempengaruhi dan memesongkan akidah individu terbabit." -Exco Hal
Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
4. Menurut beliau lagi, mereka menjalani penerapan fahaman Kristian
mengunakan pelbagai taktik dan strategi, termasuklah menerusi pendekatan
Islamik dengan cara yang sangat halus.
5. Berhati-hatilah jika anda antara sasaran mereke dalam cabaran
kristianisasi yang merupakan agenda utama untuk memurtadkan umat Islam.

Tiada ulasan :
Catat Ulasan