Di antara tanda2 dekatnya kiamat
ialah banyaknya perzinaan
Dalam kalangan umat rasulullah s.a.w.
Dalam hal yang demikian itu termasuk
tanda2 hari kiamat
Diriwayatkan dalam KITAB SAHIH AL
BUKHARI DAN MUSLIM
Daripada anas r.a. dia berkata
bahawasanya,rasulullah bersabda:
“SESUNGGUHNYA DI ANTARA
TANDA2 AKAN DATANGNYA HARI KIAMAT
IALAH (di antaranya)
AKAN BERMAHARAJALELA PERZINAAN”
Di riwayatkan daripada
ABU HURAIRAH R.A. dia berkata RASULULLAH bersabda
“AKAN DATANG PADA
MANUSIA TAHUN2 YANG PENUH TIPU
DAYA DAN AKAN TERSEBAR
PADANYA PERZINAAN”
Lebih besar daripada itu ada di
antara manusia yang menghalalkan perzinaan
Di riwayatkan dalam kitab sahih
daripada abi malik al asy’ari bahawa dia
Mendengar rasulullah bersabda
“SUNGGUH AKAN ADA
DARIPADA UMATKU BEBERAPA KAUM YANG
MENGHALALKAN PERZINAAN
DAN SUTERA”
Pada akhir zaman,setelah lenyapkan
kaum mukminin,tinggallah
Orang2 yang buruk,yang seenaknya saja
melakukan persetubuhan
Seperti himar,seperti mana yang
diriwayatkan dalam hadis An Nawwas r.a.:
“DAN TINGGALLAH
MANUSIA2 YANG BURUK YANG SEENAKNYA MELAKUKAN
PERSETUBUHAN SEPERTI
HIMAR. MAKA ZAMAN MEREKA INILAH KIAMAT
ITU DATANG”
Maka saya menyeru bahawa umat islam
sentiasa berwaspada terhadap segala
Yang berlaku.
Maka berlindunglah dengan kekuasaan
allah s.w.t
Moga allah merahmati kamu semua.amin
ya rabbal alamin
Tiada ulasan :
Catat Ulasan