Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog islam membuka rahsia sains. Entri kali ini adalah sambungan daripada entri konspirasi dan propaganda dunia yang lepas , Konspirasi Dunia- Konsep Tree of Life. Dalam entri yang lepas saya telah ceritakan konsep dan pendekatan yang digunakan oleh para rabbi yahudi untuk menyebarkan dakyah Kabbalah. Di akhir entri yang lepas juga saya menyatakan bahawa ada 2 simbol Kabbalah yang kita boleh kenal pasti. Simbol ini merupakan identiti mereka yang mempunyai hubungkait dengan Kabbalah. Apaka 2 simbol yang dimaksudkan tu?. Dua simbol Kabbalah itu ialah :
Simbol Hand of Fatima dan
Simbol Red String
Baiklah, mari kita cuba fahami apakah simbol ini dan makna disebalik simbol ini kepada Kabbalah.
Simbol Kabbalah 1 : Hand of Fatima @ Tangan Fatimah
Simbol Hand of Fatima
Anda mungkin pernah nampak simbol ini dan merasakan ia tiada apa-apa makna. Namun begitu, bagi masyarakat Yahudi yang mengamalkan Kabbalah, penggunaan simbol Hand of Fatima ini memberikan makna kepada mereka. Hand of Fatima atau juga dikenali sebagai hamsa dalam bahasa Hebrew ialah suatu simbol semangat kerohanian kepada si pemakainya.
Hand of Fatima versi terbalik - pada rantai
Simbol ini berupa bentuk tapak tangan yang lengkap dengan lima jari. Ditengah-tengah tapak tangan tersebut terdapat simbol mata yang bererti mata kejahatan yang bakal dihapuskan oleh tangan tersebut. Dimana kita boleh jumpa simbol hamsa ini?. Biasanya ia dibuat sebagai rantai leher oleh pengamal-pengamal ajaran kabbalah. Hamsa bermaksud lima dalam bahasa Hebrew. Kepada yang membaca diluar sana (perempuan), berhati-hati jika anda yang ingin membeli rantai. Kadang-kala anda tidak sedar dan anda merasakan ianya cantik dimata anda, namun ia mempunyai maksud dan makna kepada ajaran Kabbalah ini.
loket bentuk Hand of Fatima
juga terdapat sebagai penghias dinding dan laintai
Bukan sahaja masyarakat yahudi, bahkan segelintir masyarakat Islam arab juga percaya bahawa dengan memakai simbol Hand of Fatima @ hamsa ini akan memberikan mereka kekuatan yang tersendiri dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ini sekaligus bercanggah dengan ajaran suci Islam bahawa ada kekuatan lain selain Allah yang boleh memberikan manfaat atau mudarat kepada manusia. Konsep ini jelas syirik dalam Islam dan syirik itu adalan dosa yang terbesar dalam Islam. Syirik itu apa?. Syirik itu menyekutukan Allah dengan sesuatu. Sebab itu kita kena belajar Akidah, dan anda dijemput untuk membaca entri Akidah di laman WADi ini, insyaAllah.
Simbol Kabbalah 2 : Red String @ Tali Merah
ini dia rupa red string, anda boleh lihat ia dijual di pasaran Malaysia, tak percaya pergilah cari..
Penggunaan red string @ tali merah bukanlah sesuatu yang asing bagi pengamal Kabbalah. Malah, yang turut menyedihkan ialah anak-anak muda Islam ada yang memakai red string tanpa memahami makna disebaliknya. Kebanyakannya terikut-ikut dengan budaya barat dan trend yang merupakan jarum halus para rabbi yahudi untuk mengahncurkan muda-mudi Islam. Penggunaan tali merah ini kononnya membolehkan si pemakai terhindar daripada unsur-unsur negatif yang ada disekeliling mereka. Ia juga dipercayai dapat mengelakkan diri dari unsur-unsur jahat kepada diri. Nampak benar mengarut dan menyalahi Akidah Islam, namun percayalah, ada yang mempercayainya.
| red string dengan simbol hand of fatima, familiar kan? |
Menurut sejarah dalam Kabbalah, red string @ tali merah ini berasal dari Israel dimana satu lingkaran talimerah telah didapati meliliti batu nisan Rachel. Rachel ini siapa yer??. Rachel ialah seorang perempuan Yahudi yang telah meninggal dunia lebih 3000 tahun dahulu. Rachel dikatakan nama isteri kedua nabi Yaakub a.s yang telah melahirkan Nabi Yusuf dan Bunyamin.
| Red string denga tulisan hebrew dan hand of fatima |
Menurut ajaran kabbalah, red string harus dipakai di pergelangan tangan sebelah kiri kerana dipercayai bahagian kiri manusia adalah bahagian yang menerima kuasa jahat. Dengan memakai dibahagian kiri, maka kejahatan dapat dihindari dari masuk ke dalam badan. Warna merah melambangkan bahaya dan dipercayai memberi tenaga tersembunyi kepada si pemakai. Red string ini terkenal dalam kalangan artis barat yang mengamalkan Kabbalah, sama ada ia adalah kebetulan atau pun konspirasi halus yahudi, anda boleh nilai sendiri dengan membuat sikit research lebih lanjut jika berminat.
Disini saya sertakan beberapa gambar untuk anda nilai dan fikirkan bersama, insyaAllah. Sila lihat tangan kiri atau kanan selebriti barat ini :
Ashton Kusher (kiri) dan Madonna (kanan)
Mick Jagger- penyanyi lagenda rock Rolling Stone
britney spears
Dan ramai lagi selebriti barat yang punya kaitan dengan kabbalah. Sebaik saja anda habis baca entri ini dan yang lepas, anda mungkin lebih peka dan berhati-hati @ sedar harapnya begitulah. Cuba perhatikan sekeliling anda tak kira dimana jua anda pergi, perhatikan lukisan, rantai, dinding, atau apa jua barang-barang..kalau anda bertuah anda akan dapat lihat sendiri 2 simbol diatas. Sampai disini dulu yer. Bersambung dalam entri konspirasi akan datang, insyaAllah.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan